Perkongsian diet dan aktiviti senaman
Memang stress dalam usaha menurunkan berat badan ni, sama stress macam kerja hari - hari, berjalan sana sini tapi tetap berat tak turun - turun. Pening serabut tengok saiz baju semakin bertambah, kaki semakin lenguh, nafas tercungap - cungap dan banyak lagi lah. Ini perkongsian bagaimana saya mula menurunkan berat badan tapi dalam keadaan kurang stress dan gembira dengan selambanya.
Untuk permulaan kena ada niat dan keazaman yang tinggi dalam menguruskan berat badan, kalau tak ada niat memang keazaman awak tu hanya bayangan gurauan semata - mata pendek cerita awak hanya berangan macam Mat Jenin. So, step pertama adalah, tetapkan niat dan azam tu dahulu dengan mengambil masa yang sesuai untuk melakukan aktiviti jogging atau senaman. Dengan ketetapan masa yang sesuai awak akan mula selesa untuk melaksanakan misi diri awak tu. Kalau sesuatu aktiviti tu awak buat dalam keadaan tidak bersedia, mungkin awak akan mengalami simptom malas yang tak boleh di bawa bincang. Penyudahnya awak akan melakukan perkara tu sia - sia dan buang masa. Bukan tu sahaja, sakit - sakit badan pun dapat, so awak akan kembali kepada tabiat asal iaitu mengunyah dan mengunyah tanpa henti.
Perkara kedua pula adalah, mulakan sesebuah aktiviti tu dengan perlahan - lahan. Sama macam awak menternak lemak dalam tempoh yang agak lama, mungkin dah lebih 10 tahun awak memakan makanan tanpa henti. Untuk aktiviti - aktiviti permulaan ni kena lah mulakan dengan aktiviti ringan. Contohnya berjalan saja - saja. Awak berjalan lah dimana pun tak kira tempat yang penting berjalan, cuba capai 10ribu langkah dalam sehari. Kalau penat nak kira langkah awak download la dekat google apps store telefon canggih awak tu, tak kan la nak berkira sangat dengan data awak tu. Nanti telefon awak tu yang kira kan berapa langkah awak buat dalam masa sehari. Kalau tak sampai sehari 10 ribu langkah pun tak apa. Buat slow and steady jerr. Untuk step ni cuba amalkan selama 2 minggu berturut - turut. Tapi awak jangan gatal - gatal pegi timbang berat badan lagi. Memang tak turun berat awak tu. Kalau awak langgar pantang yang ini, kompem awak dah mula kembali ke tabiat buruk awak 2 minggu sebelum. So apa akan jadi, sekali lagi usaha awak akan jadi sia - sia dan buang masa.
Langkah ketiga, awak mula jaga pemakanan awak. Tabiat pemakanan ni memang susah sikit nak kawal. Almaklum lah, 10 tahun mentekedarah banyak benda, makanan melayu lagi, korea lagi, makanan barat lagi eh semua la kau makan ibarat hidup kau ada 1000 tahun lagi la gamaknya. Tapi jangan rungsing, benda ni mudah je. Awak mulakan dengan potong sikit - sikit pemakanan awak sehari - hari tu. Contohnya nasi kalau sepinggan cut jadi separuh pinggan. Lauk potong jadi separuh juga. Sayur kalau tak pandai makan kena mula belajar makan sayur. Sayur lebih adalah baik untuk proses mengurangkan berat badan. Eh awak suka minum manis eh? Patut la manis sangat sampai gemuk gedempol.. mula pada minggu ketiga selepas awak dah berjalan 10 ribu langkah sehari tu awak boleh mulakan minum air masak saje. Minum air masak ni dia tak kira panas, suam atau sejuk. Janji air masak bukan yang di olah jadi air bergula. Awak kalau suka minum air 3 in 1 ke, air neskepe ais ke, milo ais ke, sirap bandung ais ke boleh dah berhenti minum terus. Sebab proses ni adalah proses permulaan berat badan awak akan mula menurun. Tak percaya? Awak timbang berat badan awak pada hari ke 30 iaitu minggu ke 4 dari hari permulaan aktiviti awak tu.
Step yang keempat, proses ni bermula lah aktiviti hardcore untuk menderaskan lagi penurunan berat badan awak. Yang ini aktiviti memerlukan pengorbanan dari segi masa dan tenaga. Mulakan minggu anda tu dengan aktiviti seperti jogging atau berjalan - jalan anak. Try buat dalam masa 40 minit sehari, lebih dari tu lagi bagus. Aktiviti ni paling kurang dilaksanakan dalam 3 kali seminggu selama 2 minggu. Means dalam 2 minggu ada 6 kali jogging exercise awak lakukan. Sambil - sambil jogging tu buat la senaman sikit. Senaman basic pun jadi la, contoh lompat bintang ke, sit up ke, buat sekadar yang mampu dulu. Jangan paksa buat banyak sangat. Nanti awak kemurungan dan kembali lagi ke tabiat yang sebulan lalu yang huduh tu. Ingat geng, kita ada misi. Dah sebulan ni jangan berhenti, penimbang awak tu pun dah mula menunjukkan kemesraan pada berat badan awak. Betul tak? Haaaa.....
Langkah kelima, setelah dah pandai tune jogging dan lari - lari anak tu, awak mula tingkatkan lagi kederasan larian ataupun jarak larian. Contohnya sebelum ni awak buat pusing taman rekreasi setengah round, so awak buat lebih sikit iaitu 2 atau 3 kali round. Kekalkan aktiviti ni selama sebulan dan bulan - bulan berikutnya. Pemakanan pula awak kena amalkan diet seimbang. Diet seimbang ni boleh Google. Tapi langkah yang paling mudah dan menyihatkan awak bedal makanan - makanan tu semua dalam kuantiti yang sikit. Boleh try check dekat FB taip Diet Suku Suku Separuh. Sana banyak coach yang boleh ajar cara pemakanan ikut kondisi badan berlainan orang. Aktiviti ni akan memakan masa lebih daripada 3 bulan. Dan hasilnya awak tengok lah nanti. Kalau memuaskan maknanya awak tidak melanggar pantang aktiviti mingguan dan pemakanan harian.
Dari segi waktu pemakanan pula, sebaik - baiknya pengambilan sarapan pagi dan makan tengah hari. Sarapan penting untuk membekalkan tenaga sepanjang hari awak bekerja dan pada waktu tengah hari pula awak hanya perlu memakan dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Makanan pagi terpulang pada selera awak tu. Kalau nak makan nasi, ambil lah nasi. Kalau suka makan mee goreng makan la mee goreng. Suka makan kuih, makan lah kuih. Yang pasti kurangkan mengambil makanan yang tinggi kalori contohnya makanan bergoreng. Tapi pantangnya mudah, ambil dalam kuantiti yang sedikit sesangat sahaja tetapi lebihkan air masak. Makan makanan pada waktu siang tidak menjadi masalah, tapi malam macam mana bang? Aduhhh.. yang ni pun semua orang menghadapi masalah yang sama. Malam memang lapar sesangat. Jadi apa langkah mudahnya? Ok yang ni lain orang lain caranya. Ada orang dia kalau dah makan pada waktu tengah hari, malam dia tak rasa lapar. So kekalkan macam tu. Bagi yang merasa lapar pula, tiada masalah untuk makan seperti awak makan tengah hari. Cumanya yang lebih baik awak mengambil buah - buahan atau sup. Nasi bukan tak boleh ambil, tapi mestilah diambil dalam kuantiti segenggam penumbuk saje, perlu di ingat nasi juga adalah penyumbang kepada kalori yang tinggi. Yang penting macam biasa, kena lebihkan air masak. Amalkan macam ni, InsyaAllah rasa lapar nak mampos tu akan berkurangan dan mula hilang. Waktu paling sesuai makan adalah sebelum masuknya azan maghrib. Masa tu perut kita masih lagi boleh memproses dan menghadam dengan baik. Jangan sekali - kali makan pada waktu selepas jam 8 malam. Nescaya kau akan kembali gemok dan tak kurus - kurus. Tak percaya langgar jer la pantang tu. Penimbang pun perli kau nanti. Timbang - timbang berat tak turun, sebab apa tak turun? Sebab kau dah melanggar pantang pemakanan walau kau berlari 100km sehari.
Setel bab aktiviti dan pemakanan. Ini adalah langkah permulaan yang boleh awak - awak semua lakukan. Semoga dengan tips dan sharing ini akan dapat membantu awak menurunkan berat badan. Kalau tak turun bukan salah saya, tapi mungkin ada kesilapan dari segi perlaksanaan dan aktiviti serta pemakanan awak sehari - hari. Untuk kaedah diet atau senaman yang baik awak boleh je google dan amalkan. Tapi ini pesanan ikhlas dari penaja, jangan sekali - kali mengambil suplemen atau ubat - ubatan menguruskan badan. Itu membahayakan diri sendiri. Tiada langkah yang mudah dalam menguruskan berat badan. Setiap permulaan ada cabarannya dan memang mengambil masa yang panjang. Kalau tak percaya try la guna, esok dapat penyakit buah pinggang, strok, mati nyesal pun tak guna dah. Paham kan. Tak paham lantak la kome.. ok guys. See ya... Nak cari point lain plak untuk sharing.
Assalamualaikum.
P/s: jom kurus sesama...hahahaha