cari di sini

Thursday, 26 December 2019

Azam Tahun Baru 2020

Dah lama tak menulis ni, rasa nervous pulak. Takpa, hashtag abam cuba. Okay, kali ini abam ingin bercerita pasal Encik Azam seorang ni. Kan kita akan memasuki tahun kereta terbang iaitu tahun 2020. So, kali ini kita tinjau cerita Azam ni pulak okay. Setiap orang mempunyai azam dan azam tersebut hendaklah berteraskan kepada usaha dan doa. Adakah azam tahun sebelum telah tertunai? Atau adakah azam tersebut hanya sama seperti lejar sistem perakaunan iaitu,
Baki Bawa Ke Hadapan:
Fokus kali ini adalah untuk memastikan azam baki bawa ke hadapan tersebut perlu di tunaikan dan tidak semata-mata tinggal kenangan di ingatan. Adakah azam yang lain timbul didalam benak fikiran anda ketika ini?? Arghhh persetankan semua itu. Apa yang penting, selesaikan dahulu kewajiban yang harus di utamakan. Senaraikan kesemua azam yang ingin di kecapi bagi sepanjang 365 hari mendatang. Pastikan momentum anda berada di tahap yang terbaik. Kuatkan semangat dan keazaman. Tekadkan usaha. Anda mampu mengubahnya dan jangan sekali-kali menyerah kalah. Mudah-mudahan perkongsian abam kali ink dapat menaikkan semangat dan motivasi kita semua. Oraits, see you all gaisss.. Abam akan buka topik lain lagi pada awal tahun 2020. Aramaitiiii....