TRANSFORMASI DIGITAL MALAYSIA
Transformasi digital secara umumnya adalah penggunaan teknologi berasaskan digital dan terkini berbanding sistem terdahulu dimana ia berdasarkan ke
pada sistem analog. Transformasi digital juga lebih merujuk kepada cara bagaimana teknologi merevolusikan kehidupan seharian manusia dan ia juga mampu memudahkan segala jenis pekerjaan setiap individu terhadap individu lain. Jika dipandang dari sudut perniagaan pula, transformasi digital merupakan suatu bidang baharu kepada ahli usahawan. Namun sebagai langkah menyahut saranan kerajaan Malaysia untuk mentransformasikan hasil produktiviti perniagaan sebagainya. Langkah ini penting untuk menarik para pelabur asing untuk melabur didalam ekonomi Malaysia.
DEFINISI TRANSFORMASI PENDIGITALAN
Meskipun teknologi perkomputeran di Malaysia hanya mula diaplikasikan di seawal tahun 90an, namun ia bukan bererti negara Malaysia jauh ketinggalan dengan negara-negara maju yang lain seperti Jepun, Amerika Syarikat dan negara-negara kuasa besar yang lain. Pada peringkat awalnya, Malaysia menggunakan sistem talian internet sebagai pemula langkah kepada transformasi digital pekerjaan harian. Perlu diingat bahawa, transformasi digital tidak terhad kepada cerita teknologi semata-mata tetapi ia juga merangkumi bagaimana sesebuah perniagaan itu bijak mengambil peluang dengan mewujudkan prasarana atau kemudahan asas digital kepada pengguna. Pengenalan kepada asas digital juga penting untuk menjadikan produktivi atau perkhidmatan yang diberikan dapat diakses dan sekaligus memudahkan urusan orang ramai.
Selain itu juga, inovasi kepada produktiviti dan perkhidmatan haruslah selari dengan tujuan dan matlamat pendigitalan. Dengan keseragaman aliran teknologi yang terbentuk juga ia mampu menjadikan masyarakat merasakan setiap perkara yang dilakukan akan dapat pulangan yang lumayan dan yang paling penting memudahkan urusan seharian dalam melaksanakan tugasan kerja tidak kira dimana jua seseorang itu berada. Sebagai contoh, penjual kereta ataupun hartanah tidak boleh menjual produk mereka melalui telefon tetapi apa yang perlu dilakukan adalah para penjual tersebut boleh melaksanakan urusan jualan dengan melakukan sidang video. Trend sebeginilah yang giat berkembang berdasarkan transformasi digital yang sedang dibangunkan diseluruh dunia
BAGAIMANA KEFUNGSIAN BAGI TRANSFORMASI DIGITAL?
Transformasi digital adalah suatu bentuk teknologi yang kompleks dan fleksibel dimana ia menjadi suatu perkara asas terhadap apa sahaja yang dilakukan oleh sesiapa sahaja. Teori digital juga lebih menjurus kepada konsep pemahaman dan perkembangan sains dan teknologi tetapi ia lebih ringkas dan mudah diaplikasikan dalam kehidupan. Pada zaman serba canggih kini, kesemua aktiviti yang dilakukan semudah ABC dimana hanya berbekalkan gajet seperti telefon pintar, kesemua bentuk penugasan boleh diakses dan disiapkan tanpa perlu membuka fail mahupun komputer meja.
Pendigitalan juga merupakan peningkatan penghasilan produk dan perkhidmatan disamping ia juga salah satu proses mendapatkan informasi berlatarkan kepada fungsi audio-visual dan perkomputeran. Perkembangan teknologi komunikasi modem yang bersifat berpusat merupakan proses pencantuman dari seluruh proses evolusi media massa. Ini adalah contoh kepada proses pendigitalan itu sendiri dimana jika dilihat dahulu, segala pelaporan yang disampaikan hanya boleh dilihat hanya pada keesokan harinya setelah sesuatu sumber itu diperolehi. Namun kini, dengan kaedah jaringan internet serta perhubungan yang semakin canggih, pelaporan sesebuah informasi dan maklumat itu mampu di capai dalam sesaat sahaja. Disini kita dapat melihat bahawa pendigitalan tersebut telah menjadikan fungsi digital itu lebih mudah dan menyenangkan.
KEBAIKAN
Pendigitalan Meningkatkan Keupayaan
Pada era pendigitalan kini, ramai pengguna rangkaian internet melaksanakan kerja hakiki menggunakan peranti smartphone, tablet dan laptop. Berbeza dengan kaedah penghasilan kerja pada zaman dahulu iaitu dengan menggunakan mesin taip dan komputer meja. Pekerjaan yang dilaksanakan kini lebih mudah dan dinamik serta boleh dilaksanakan dimana-mana sahaja asalkan sistem telekomunikasi berfungsi dengan baik dan pantas sesuai dengan peredaran zaman.
Penyimpanan Data Yang Lebih Banyak
Dengan saiz penyimpanan data yang lebih besar, segala bentuk dokumentasi boleh disimpan secara bentuk softcopy dimana ia tidak memerlukan penyimpanan maklumat fail secara fizikal. Ini sedikit sebanyak menjimatkan kos penyelenggaraan dan keselamatan fail itu sendiri. Kaedah ini lebih mudah dan dapat diakses dengan lebih baik bagi tujuan pencarian fail sekiranya terdapat isu atau hal berbangkit bagi tujuan semakan dan sebagainya. Berbanding dengan penyimpanan fail data secara lama dahulu, ia mungkin mengambil masa bagi tujuan pencarian dan semakan dan kemungkinan fail tersebut boleh hilang mengikut sebab-sebab tertentu seperti bencana alam, kerosakan bilik penyimpanan ataupun kecurian.
Mendorong Produktiviti
Peningkatan sistem penyampaian maklumat kini juga telah menyebabkan gerak kerja manusia lebih berunsurkan transformasi digital. Justeru peningkatan gaya hidup kerja kini juga secara tidak langsung meningkatkan produktiviti penghasilan produk dan perkhidmatan. Ini adalah suatu peningkatan daya saing dalam kehidupan dan ia sekaligus menjadikan kerja lebih mudah dan efisien. Selain daripada itu juga, ia turut meningkatkan daya saing dalam industri dengan peningkatan teknologi yang dimiliki oleh sebuah organisasi akan menjadi sebuah nilai tambah dan modal untuk bersaing lebih kuat dan dinamik.
KEBURUKAN
Ancaman Siber
Terdapat ancaman serangan siber yang menyebabkan momentum perlaksanaan gerak kerja akan menjadi timbul masalah seperti kehilangan maklumat data akibat serangan virus dan sebagainya. Justeru terdapat kekangan dari sudut menghasilkan perkhidmatan atau produk akibat sistem teknologi yang terganggu berhubung dengan telekomunikasi sebagainya.
Selain daripada itu juga ancaman siber boleh hadir tanpa mengira masa samada kita bersedia menghadapinya atau tidak. Penjenayah siber menggunakan modus operandi dengan mendapatkan mencuri data pelangan dan mengeksploitasinya demi mendapatkan wang. Pelanggaran data, aktiviti penggodaman, serangan Ransomware, penipuan dalam talian dan hibrid, serangan penolakan perkhidmatan yang diedarkan, pelacuran siber, saluran pengedaran dadah haram dalam talian dan banyak lagi jenayah siber di sekeliling kita. Semakin canggih kaedah telekomunikasi digital kita, maka semakin berleluasa aktiviti penjenayah siber.
TRANSFORMASI PENDIGITALAN MASYARAKAT
Bagi menghadapi zaman teknologi yang semakin canggih kini, terdapat juga pembelajaran dalam talian dimana ia digunakan secara lebih meluas kesan wabak Covid-19 yang melanda seluruh dunia kini. Selama hampir 2 tahun wabak tersebut melanda sehingga kini pelbagai isu berkaitan dengan pembelajaran dalam talian timbul akibat kekangan talian internet dan sebagainya yang selain juga kurangnya ilmu pengetahuan berkaitan teknologi dalam kaedah pengajaran. Tambahan pula, pembelajaran dalam talian di Malaysia boleh disifatkan belum sampai ke tahap yang terbaik ketika ini dan ia menyebabkan kerajaan dan institusi pendidikan masih belum ada pendekatan yang efektif dan holistik.
Di sebalik kekangan kesan pandemik ini juga, secara tidak langsung ia telah mempercepatkan dan meningkatkan lagi pencarian untuk mempelajari pendidikan digital tidak dikira di peringkat institusi pendidikan mahupun bidang industri yang lain, walaupun kita semua maklum bahawa ia mungkin memakan masa yang panjang. Pada ketika inilah masyarakat mula menyedari bertapa pentingnya pembelajaran dalam talian.
Cabaran Transformasi Pendigitalan Swasta
Bagi sektor swasta cabaran transformasi yang pertama adalah dari sudut penyediaan kos. Seperti yang kita tahu dari sudut organisasi sendiri kesukaran menjana kewangan adalah faktor yang menjadi kepayahan dalam meningkatkan lagi teknologi. Jika kos untuk meningkatkan teknologi mesinatau komunikasi itu tinggi, sudah pasti terdapat banyak kos-kos lain yang terpaksa dipotong ini akan mengurangkan kualiti keatas produktiviti penghasilan yang dihasilkan.
Kedua, bagi meningkatkan pendigitalan ia bergantung dengan lokasi dan kedudukan pejabat syarikat tersebut samada peringkat syarikat pembekalan jalur lebar boleh memasang talian atau pun tidak. Sekiranya lokasi tersebut tidak tersedia, maka sudah pasti kekangan untuk penyediaan alatan teknologi tersebut sukar dipasang dan ia perlu melalui proses yang panjang dalam memohon penyediaan.
Cabaran Transformasi Pendigitalan Kerajaan
Cabaran pertama dalam merubah dan mengaplikasikan transformasi digital kerajaan adalah bagaimana untuk melahirkan kakitangan awam yang mahir dalam mengendalikan sistem yang serba canggih kini untuk digunapakai kepada masyarakat awam agar setiap penyampaian maklumat akan menjadi tepat dan sampai maksudnya. Hal ini perlu diambil kira oleh kakitangan kerajaan untuk bergerakj pantas dansentiasa bersedia untuk memantapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan bersedia untuk melengkapkan diri dengan kemahiran yang lebih bersifat dihujung jari.
Cabaran yang kedua adalah, kekangan yang sama seperti pihak swasta juga dimana terdapat sektor awam yang belum dilengkapi dengan peralatan teknologi dan telekomunikasi yang canggih seperti yang berlaku di beberapa negeri di Malaysia. Kekangan ini berdasarkan kepada faktor muka bumi dan talian jalur lebar yang masih belum tersedia lagi dan sudah pasti cabaran untuk mengaplikasikan teknologi transformasi sedikit lambat atau tergendala. Faktor kos yang tinggi juga penyumbang kepada kepayahan dalam menyediakan rangkaian aplikasi yang diperlukan. Oleh yang demikian, pihak kerajaan mungkin boleh mencadangkan dalam urusan bajet tahunan agar dapat memperuntukkan kewangan bagi penyediaan tambahan rangkaian jalur lebar agar ia dapat memanfaatkan kepada kakitangan kerajaan dan seterusnya kepada masyarakat sekitar.
KESIMPULAN
Konklusinya, kemahiran teknologi pada zaman kini perlulah dititik beratkan kerana apa sahaja dalam kehidupan kita pada hari ini memerlukan aplikasi yang pelbagai dalam menguruskan hal ehwal kehidupan seharian. Justeru menjadi kewajiban kepada semua orang untuk bersama-sama menggunakan teknologi yang ada kini untuk faedah dan manfaat bersama dan mengelakkan daripada menjadikan teknologi yang ada kini sebagai ruang untuk melakukan aktiviti yang dikira luar batas dan norma kehidupan.
Kawalan dan sekatan akses kepada sub bidang tertentu juga perlu bagi mengelakkan unsur-unsur pencerobahan data maklumat ini kerana pelbagai data peribada seluruh manusia ada didalam pendigitalan kini. Oleh yang demikian, kerajaan seharusnya mengenakan hukuman yang lebih keras kepada mereka yang sesuka hati mencuri data atau harta intelek orang lain bagi memastikan keamanan dan transformasi digital yang dirancang dapat memenuhi kehendak dan keperluan manusia sejagat khususnya.
Rujukan:
https://www.penerangan.gov.my/japenv2/index.php/2022/06/09/transformasi-digital/
https://www.bharian.com.my/amp/bisnes/lain-lain/2022/01/910724/msc-malaysia-kini-dikenali-malaysia-digital
https://www.penerangan.gov.my/japenv2/index.php/2020/01/13/infografik-ekonomi-malaysia-pada-2020/